Tuesday, 6 March 2012

Latar Belakang KLinik Kesihatan Nanga Stamang.


Latar Belakang
Klinik Kesihatan Nanga Stamang terletak di kawasan pedalaman Ulu Engkarie didalam Daerah Lubok Antu. Ia telah dibina pada tahun 1985 dengan menggunakan sisa-sisa bahan binaan dan peralatan lama daripada Klinik Kesihatan Nanga Mepi, Batang Ai yang telah ditenggelami oleh air semasa Empangan Hydro Elektrik Batang Ai memulakan operasinya. Ia didirikan di atas tanah milik masyarakat setempat di Nanga Stamang yang lebih bersifat pinjaman atau  sementara.Ia dibina secara gotong-royong oleh penduduk rumah panjang yang berada di sepanjang sungai Engkarie berasaskan binaan kayu dan papan. Ia hanya dikendalikan oleh seorang JHA sahaja dan berfungsi sebagai Jabatan Pesakit Luar. Oleh kerana ia terletak di dalam kawasan rumah panjang Nanga Stamang maka klinik tersebut terus diberi nama Klinik Kesihatan Nanga Stamang sehingga kini.
Pada awal tahun 2001 Klinik Kesihatan Nanga Stamang yang baru telah siap dibina berasaskan konkrit yang terletak berseberangan dengan rumah panjang Nanga Stamang. Namun begitu bangunan baru tersebut hanya beroperasi sebagai Jabatan Pesakit Luar sahaja dan tempat tinggal seorang Pembantu Perubatan. Pada tahun 2003 sebuah bangunan baru telah dibina sebagai kuarters tempat tinggal seorang Pembantu Perubatan dan seorang Jururawat Masyarakat. Dari situ Klinik Kesihatan Ibu dan Anak telah diwujudkan.